Posts

Showing posts from April, 2022

KELAB MESRA ALAM (WEEK 7)

Image
 Pada minggu ketujuh, kesemua ahli kelab mesra alam diberi satu video untuk ditonton..  Setelah menonton video tersebut kami perlu membuat ulasan berkaitan video. Pada video tersebut menerangkan, kita janganlah membuang sampah merata-rata untuk mengelakkan bencana alam seperti banjir. Di dalam video itu juga terlihat haiwan perosak mati di jalanan. Hal ini kerana aktiviti manusia membuang sampah menyebabkan haiwan tersebut datang sekaligus dapat membawa penyakit kepada manusia. Walaubagaimanapun, ada juga segelintir masyarakat yang bertanggungjawab membersihkan kawasan yang mempunyai sampah sarap. Oleh itu, kita perlulah menjaga alam sekitar kita daripada rosak kerana alam itu tidak akan rosak jika tiada aktiviti manusia yang cuba merosakkannya.

KELAB MESRA ALAM (WEEK 6)

Image
 Pada minggu keenam, aktiviti pembentangan kumpulan diteruskan lagi dengan kumpulan yang seterusnya. Kumpulan yang membentangkan tajuk mereka pada minggu keenam ini ialah kumpalan kami iaitu kumpalan 9 dan kumpulan 10 Kami membentangkan tajuk bab 5 Teknologi hijau Kumpulan 10 membentangkan tajuk dasar Teknologi hijau dan prinsip-prinsip pembangunan mampan

KELAB MESRA ALAM (WEEK 5)

Image
  Pada minggu kelima, aktiviti pembentangan kumpulan diteruskan lagi dengan kumpulan yang seterusnya. Kumpulan yang membentangkan tajuk mereka pada minggu kelima ini ialah kumpalan 7 dan 8 Kumpulan 7 membentangkan topik Bab4 pengurusan sistem pepejal  Kumpulan 8 membentangkan topik Teknologi Rawatab sisa pepejal

KELAB MESRA ALAM (WEEK 4)

Image
Pada minggu keempat, aktiviti pembentangan kumpulan diteruskan lagi dengan kumpulan yang seterusnya. Kumpulan yang membentangkan tajuk mereka pada minggu keempat ini ialah kumpulan 4, kemudian kumpulan 5, dan seterusnya kumpulan 6. Pada minggu keempat ini tajuk yang dibentangkan adalah lebih terperinci berbanding pada minggu ketiga kerana pembentangan sebelum ini adalah lebih umum dan asas berkaitan mesra alam. Pada minggu keempat ini, kumpulan 4 telah membentangkan berkaitan : MESRA ALAM SECARA LEBIH TERPERINCI Kumpulan 5 telah membentangkan berkaitan :  AMALAN MESRA ALAM  Kumpulan 6 telah membentangkan berkaitan : KEPENTINGAN MESRA ALAM DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN 

KELAB MESRA ALAM (WEEK 3)

Image
Pada minggu ketiga ini, ahli Kelab Mesra Alam telah membuat pembentangan berkaitan tajuk yang ditugaskan mengikut kumpulan yang dibahagi.  Pada minggu ketiga ini, pembentangan ini dimulakan dengan kumpulan 1, diikuti kumpulan 2 dan seterusnya kumpulan 3.  Pada minggu ketiga ini, hanya 3 kumpulan sahaja yang membentangkan tajuk mereka kerana kekangan masa yang singkat. Oleh itu, pensyarah kami yang amat profesional telah menetapkan setiap minggu hanya 3 kumpulan sahaja yang membuat pembentangan. Kumpulan 1 telah membentangkan berkaitan tajuk bab 1, iaitu : PENGENALAN KEPADA MESRA ALAM  Kumpulan 2 telah membentangkan berkaitan dengan tema utama mereka iaitu : " SAVE THE EARTH " Kumpulan 3 telah membentangkan berkaitan dengan tajuk : PENCEMARAN

KELAB MESRA ALAM (WEEK2)

Image
Pada minggu kedua Kelab Mesra Alam melaksanakan pemilihan logo kelab untuk digunakan sepanjang kursus ini.  Kumpulan kami membentang logo bertemakan `Mother Nature'. Ahli yang menerangkan ciri-ciri dan maksud logo  ialah Ilhan danish. Pada minggu kedua, semua kumpulan dalam kelab mesra alam telah membentangkan logo kumpulan mereka masing-masing dan kesemua kumpulan menunjukkan usaha yang tinggi dalam menghasilkan logo mereka. kesemua logo yang dipersembahkan pada minggu kedua tersebut adalah baik dan tidak lari daripada tema utama kita iaitu ALAM SEKITAR. Kesimpulannya pada minggu kedua ini kita mendapati bahawa kerjasama yang diberikan oleh semua ahli dalam menghasilkan logo masing-masing.                                                                          

KELAB MESRA ALAM (WEEK 1)

Image
Pada minggu pertama kami mengadakan sesi suai kenal bersama ahli Kelab Mesra Alam kumpulan F. Minggu pertama ini kami melakukan perjumpaan secara dalam talian kerana negara kita masih tidak bebas lagi daripada rantaian COVID-19. Oleh itu, kami akan melakukan perjumpaan dalam talian sepanjang kursus ini sehingga kami diberitahu kelak tentang perubahan dari masa ke semasa. Pada minggu pertama juga kami telah mengadakan sesi pemilihan jawatan supaya dapat membantu pensyarah sepanjang kami mengambil kursus ini pada sesi II 2021/2022 di Politeknik Seberang Perai .  Antara jawatan yang dilantik semasa minggu perjumpaan pertama ini adalah : 1) Pengerusi 2) Naib Pengerusi 3) Setiausaha 4) Bendahari 5) Ahli Jawatan Kuasa  Minggu pertama ini kami lebih kepada ingin kenal dengan semua ahli Kelab Mesra Alam untuk kami memperkuatkan semangat dalam ahli kumpulan.  Jadi kesimpulannya pada minggu pertama ini kami dapat mengenali antara satu sama lain dengan semua ahli kelab tidak bangsa dan agama.